Dari jauh aku 'ride' motor honda wave abah menuju rumah tersebut..Biasa petang-petang macam ni memang 'mak' akan duduk kat kerusi depan rumah tu,sembang-sembang dengan jiran..
"Mak....." baru masuk lorong rumah dia je,dah nampak kelibat dia.Betul dia tgh melepak kat situ..
"Ya Allah,bertuah punya anak..bila balik?" senyum dia lepas 10bulan tak jumpa and i am the only one yang study abroad..
"Oo takda la lama pon..mak,dah lepas tahun satu mak,Tahun depan tahun 2." seloroh aku pada dia..
"Alhamdulillah..takpa,nanti kami kumpul duit nak datang Mesir kita konvo sama-sama" ..Impian mak..
"Ipa bila habis? Seronok belajar sana?" tegur makcik (ala tk igt nama)..
"Lama lagi cik..boleh la.Tapi Malaysia lagi best.." jawab aku..
Rindunya kat wajah tu...Dia yang menemani aku ke tadika masa hari pertama ,waktu tu umur aku 5tahun.Waktu tu 'amie' (ibu kandung) kerja.
Mak tunggu aku dari pagi sampai petang..kejap-kejap aku jeling kat tingkap takut-takut mak balik tinggalkan aku..
Dari sehari ke sehari mak akan cuba tinggalkan aku,supaya aku berdikari.
Ada satu masa tu kami semua kene buat seni kolaj 'tampal2' kertas atas lukisan buah epal..
Aku gunting kertas kecik sangat jadi lambat siap..Kawan-kawan lain semua dah nak balik..
Mak tunggu kat luar kalau tak silap suruh aku cepat-cepat siap..Aku siapkan sambil nangis.
Meningkat usia,rumah Mak tempat aku dan adik aku akan singgah dan berteduh kalau ibu bapa aku kerja.
Baik sarapan,makan tengahari tak pernah tak ada..Apa sahaja kerenah kami,nakal kami Mak sabar melayan.Mak memang baik..Mak jaga kami macam anak dia sendiri..
Kalau birthday kami je,Mak akan beli mainan atau buku warna gambar burung untuk kami.Biasanya dia akan berbasikal dari rumah dia ke rumah kami untuk hantar.
Mak tak pernah lupa hari jadi aku even sekali..
Bila takdir tentukan aku duduk asrama untuk alam sekolah menengah..
Kalau tak dapat 'reach' parents kat rumah,Mak la tempat aku melapor segala hal.Macam tu la jugak sampai aku kat Mesir..
Tapi...minta maaf Mak,kat Mesir tak selalu dah "call" mak..Sebab waktu tu anak mak ni tak tau appreciate permata bernilai yang dia ada..
Kaki melangkah masuk ke bilik mandi, hati terdetik..
"Macam mana la kalau mak takda kat dunia ni ye..eh apa fikir macam ni."
Waktu sibuk di bilik.."erm rasa nak kol mak la..takpa la,esok kan ada,esok je la 'call ' "
Keesokannya....waktu nak 'call' mak..belum apa-apa satu mesej dari Malaysia masuk..
"Mak kat kecemasan.." ......................................."Mak dah takda"..Amie khabarkan..
Dah nak menyesal tak guna fa. ...Keluar air mata darah sekali pun takda guna...
0 comments:
Post a Comment