BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 1 April 2013

Rest In Peace

R.I.P Jibek and Nomi

"Kelip-kelip disangka api,Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib disangka mati,Kalau mati mana kuburnya."

Dulu,
Sehari bagaikan setahun,
Tiada khabar berita,gelisah benar dalam dada.
Tak melihat wajah,rindu benar rasanya.
Tak bergurau-senda,sunyi benar dunia.
Tak bergaduh manja,tak akrab ikatannya.

Kini,
Sehari ke sehari,
Berlalu bagaikan tiada harga,
Tiada apa diharapkan lagi,
Tiada apa perlu diusahakan lagi,
Tiada apa yang perlu disimpan dijaga rapi lagi,
Tiada gelisah biar sehari tak mendengar suara,
Tiada resah biar tak dijengah khabar berita.
Tiada perbalahan,tiada gurauan dan tiada semua.

Dulu,
Dua jiwa itu nampaknya satu,
Kini,
Dua jiwa itu bagaikan seorang disana seorang disitu.

Dimana janji,
Dimana harapan,
Dimana angan-angan,
Dimana ?

Bukan salah tangan si pemberi,
Tapi tangan menghulur terhenti kerana ada yang tak sudi.
Bukan tak mahu terus berdiri sedia mendampingi,
Tapi adanya tidak dikesah,hadirnya pula tidak diundang.

Benar hati sedikit tidak pernah menyingkir kasih,
Syarat 'kewujudan' jadi pasak penerus ikatan.
Apa nilainya jika hanya ada tapi tidak digosok,
Ibarat gambar kenangan berhabuk tersimpan jauh di ceruk.

Dulu,
Akulah yang paling setia,
Akulah yang paling cakna,
Akulah tempat sandarnya.

Kini,
Aku bukanlah yang dicarinya,
Aku bukanlah yang dirinduinya,
Aku bukanlah tongkat menguatkannya.

Aku,
Bukan manusia penceroboh,
Bukan manusia meminta-minta,
Bukan manusia yang tak reti bahasa,
Bukan manusia tanpa fitrah tak faham erti fasa kehidupan di dunia.

Kerana aku adalah aku,
Aku relakan segalanya,
Aku restui semua,
Aku simpan semua aku butakan mata pekak kan telinga,
Kerana aku tahu kebahagiaan kau lebih utama,
Gedung pahala itu jaminan kau ke syurga,
Kerana masanya telah tiba,
Hanya DIA tahu apa yang telah DIA rencana.

Hadirku asing,akhirku juga asing.
Hari-hari dilalui dengan membina batu-batu keras jadi benteng kekuatan jiwa,
Mencari Yg Esa sebaik-baik tempat untuk meluah rasa,
Biar masa menentukan segalanya,
Sungguh tiada satu jiwa yang berdosa,
Ini semua ketentuanNya,
Berserahlah..
Redhalah..

Masa mengajar hati segala-galanya,
Menyayangi biar sepanjang masa,
Mengharap balasan bukan syaratnya,
Memberi hanya pada yang sudi,
Persetankan semua yang suka mengkhianati,
Tetap berdiri biar badai datang cuba merubah,
Rasa dalam hati sikit jangan goyah.
Kerana goyah di dunia payah jumpa di syurga.

Biarkan..

R.I.P Jibek and Nomi

p/s : kerana hari ini aku sedar,kaki lbh kuat dan hati menjadi kental.


Wednesday 24 October 2012

Wajah Itu


Dari jauh aku 'ride' motor honda wave abah menuju rumah tersebut..Biasa petang-petang macam ni memang 'mak' akan duduk kat kerusi depan rumah tu,sembang-sembang dengan jiran..

"Mak....." baru masuk lorong rumah dia je,dah nampak kelibat dia.Betul dia tgh melepak kat situ..

"Ya Allah,bertuah punya anak..bila balik?" senyum dia lepas 10bulan tak jumpa and i am the only one yang study abroad..

"Oo takda la lama pon..mak,dah lepas tahun satu mak,Tahun depan tahun 2." seloroh aku pada dia..

"Alhamdulillah..takpa,nanti kami kumpul duit nak datang Mesir kita konvo sama-sama" ..Impian mak..

"Ipa bila habis? Seronok belajar sana?" tegur makcik (ala tk igt nama)..

"Lama lagi cik..boleh la.Tapi Malaysia lagi best.." jawab aku..

Rindunya kat wajah tu...Dia yang menemani aku ke tadika masa hari pertama ,waktu tu umur aku 5tahun.Waktu tu 'amie' (ibu kandung) kerja.
Mak tunggu aku dari pagi sampai petang..kejap-kejap aku jeling kat tingkap takut-takut mak balik tinggalkan aku..
Dari sehari ke sehari mak akan cuba tinggalkan aku,supaya aku berdikari.
Ada satu masa tu kami semua kene buat seni kolaj 'tampal2' kertas atas lukisan buah epal..
Aku gunting kertas kecik sangat jadi lambat siap..Kawan-kawan lain semua dah nak balik..
Mak tunggu kat luar kalau tak silap suruh aku cepat-cepat siap..Aku siapkan sambil nangis.

Meningkat usia,rumah Mak tempat aku dan adik aku akan singgah dan berteduh kalau ibu bapa aku kerja.
Baik sarapan,makan tengahari tak pernah tak ada..Apa sahaja kerenah kami,nakal kami Mak sabar melayan.Mak memang baik..Mak jaga kami macam anak dia sendiri..
Kalau birthday kami je,Mak akan beli mainan atau buku warna gambar burung untuk kami.Biasanya dia akan berbasikal dari rumah dia ke rumah kami untuk hantar.
Mak tak pernah lupa hari jadi aku even sekali..

Bila takdir tentukan aku duduk asrama untuk alam sekolah menengah..
Kalau tak dapat 'reach' parents kat rumah,Mak la tempat aku melapor segala hal.Macam tu la jugak sampai aku kat Mesir..
Tapi...minta maaf  Mak,kat Mesir tak selalu dah "call" mak..Sebab waktu tu anak mak ni tak tau appreciate permata bernilai yang dia ada..



Kaki melangkah masuk ke bilik mandi, hati terdetik..

"Macam mana la kalau mak takda kat dunia ni ye..eh apa fikir macam ni."

Waktu sibuk di bilik.."erm rasa nak kol mak la..takpa la,esok kan ada,esok je la 'call ' "

Keesokannya....waktu nak 'call' mak..belum apa-apa satu mesej dari Malaysia masuk..

"Mak kat kecemasan.." ......................................."Mak dah takda"..Amie khabarkan..

Dah nak menyesal tak guna fa. ...Keluar air mata darah sekali pun takda guna...


Sejak balik Mesir ni banyak kali dah mimpikan Mak..Rindu kan dia sangat..Rindu sangat..Last tatap muka dia waktu nak fly semula masa tahun 2.Mak berkeras sangat nak hantar.Dia kata lain tahun belum tentu ada umur..:(

Ipa dah final year Mak..Abah cakap tahun depan semua pegi masa konvo.
Mak je takda..
01092012....
Kalau lah Mak ada waktu ini...Dia mungkin orang yang paling bertungkus-lumus bantu Amie untuk segala persiapan waktu majlis..Allah lebih sayangkan dia..
Tiada apa yang menjadi penghubung kasih sayang antara aku dan dia melainkan doa..
Sekalung Al-Fatihah ku kirimkan buat insan yang dikasihi dalam hidup aku..Hati ni merindui dikau setiap masa..Wajah Mak berada dimana-mana,tak pernah lenyap dari ingatan.Insan yang banyak berjasa dalam hidup aku selepas kedua Ibu Bapa aku..



Hargai mereka sebanyak mungkin selagi mereka masih ada bersama kita...

Salam Eidul Adha..
                                                 

Tuesday 27 March 2012

T.A.U.B.AT vs T.E.R.B.U.A.T

Firman Allah :-
"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal" (Surah Ali 'Imran: 135-136).
Masih ada harapan kah?

"Rabbana Atmim lana Nurona,waghfirlana innaka ala kulli syai' qadir"


Tuesday 13 March 2012

Baby Taylor Guitar...

Aku kan suke post entry banyak-banyak dalam sehari.haha
Melayan baby taylor guitar ni..bila la gamaknya kan nak ada 'benda' ni sebuah..
Tapi sebelum tu kene pastikan dh pandai main macam budak Sungha Jung dulu..
Kalau tak membazir je...
Layan la vid ni sambil2 minum koppie kan.halwa telinga kononnya. :p


Ni baby taylor guitar idaman aku ye..Rasanya Najwa latif pon ada.Tapi dia punye tu standard size.
Aku minat yg kecik2 je.


Boleh main gitar,tapi jangan sampai jadi 'najis'..huhu

SandBoarding itu ajar kita menghargai Islam

Salam'alaik.

Wah cm berat je tajuk entry kali ni kan.
Well act,it's not like the thought..
Last week,me and frens went to Wadi el Rayyan,for SandBoarding.
Pengalaman pertama buat julung-julung kali kan.
It took about 1hour from Cairo-Fayoum..
Tak lama mana pon kan.Cuma perjalanan balik je la berjam-jam lamanya.
Entah kemana pakcik driver tu bawa.

Before reaching the place ,aku sempatlah terpegun,terkagum,ternganga tengok kebesaran Allah SWT.
Memang ternganga habislah bila tengok Tasik Qorun.Subhanallah.
Punya luas tasik tu.Betapa hebatnya kuasa Allah tu dalam sekelip mata menenggelamkan si Qorun yg sombong dgn nikmat kurniaan Allah.

Lepas je tasik tu,kitorang pon sampai di Wadi el Rayyan.
Tertarik lagi perhatian aku ni,sebb nya kat sign board tempat tu depa tulis 'protected area'.
Bermaksud padang pasir kt situ tk tercemar lagi dgn aktiviti2 pelik manusia akhir zaman ni kan.
Kalau kita kt Malaysia tu ala2 mcm hutan simpan la.
Cuaca wktu tu mcm panas,tapi angin sejuk.
"Ini sudah bagus,tklah sunburn.." .Aku ckp dlm hati je la kan.Main monolog-monolog la pulak kan.hehe.

Sampai-sampai je kitorang solat siap-siap.Then gerak ke area utk sandboarding tu.
Overall,the view was very nice.Nampak bukit tinggi dengan pasir halus semua kan..Bawahnya pulak beach/lake viewyang membiru.im not sure bout this,either it's beach or lake.Subhanallah.

We had a short briefing about how to sandboard,what should we do if we cant balancing our body posture during surfing..All explained clearly. So not need to worry at all kalau2 diz is ur first time kan.:))

Now,here the climax of the story.
Adatlah nak meluncur kene drp tempat tinggi.Nak men gelongsor pon kene panjat tangga or naik daripada papan gelongsor tu kan..
Macam tu jugakla sandboarding.Kitorang kena daki bukit PASIR HALUS yang tinggi tu,dengan keadaan angin yang kuatnya meniup pasir2 tu masuk mata..Ya Allah.Bukan satu benda yang mudah kalau tak kuat and tabah.Seriously,kalau bukan bayangkan nikmat seronok nk meluncur daripada tempat tinggi tu,takda aku bersusah payah panjat and membazirkan contact lens aku mcm tu je.
Lepas sampai atas,haaa boleh la kitorg nak luncur dengan apa gaya sekalipun asalkan tk membahayakan keselamatan.Seronok memang seronok.Tapi seronoknya tu kejap je la.
Dah bayar mahal takkan nk meluncur sekali kan.Haruslah naik bukit lagi dan lagi dan lagi.
Angin pulak makin kuat.Terpaksa tahan angin pasir tu dengan papan.Muka dah balut cam ninja dah.
Poket dh penuh pasir lagi.Memang thrill la org kata.Untuk org cm aku yg malas ni,thrill la tu.haha

Mudahkan meluncur. (>_<)
The point is,bukan seronok meluncur ..tapi aku teringat betapa susahnya la saat Nabi berhijrah dari Mekah-Madinah.
Baginda dan sahabat2 dan mukminin waktu itu,letih agknya kan merentas gunung-ganang,ribut pasir segala bagi menyelamatkan dan menyebarkan Islam yang kita kecapi hari ini.Susah tak?Aku berani ckp..Memang susah.
Nak jumpa kawasan ada air bukannya mcm kat highway tu kejap2 jumpa perhentian RnR.
Nak jalan atas pasir bukan macam luncur atas ais.Tenggelam kaki.Semua memerlukan kesabaran yang sangat2 tinggi.Setiakan sahabat2 Nabi SAW and pengikut2nya waktu tu.
Itu usaha mereka untuk Islam.Iaitu satu daripada dua nikmat yg paling besar kita dapat hari ni.Alhamdulillah.
Tapi apa sumbangan kita pula ye..hmm aku pon rasa aku tk menyumbang apa pon lagi. :(

So peranan kita,hargai Ad-deen yg kita ada sekarang.Ad-deen ye,bukan bangsa,bukan bahasa,ntah apa2 la lagi yg sibuk org nk perjuangkan tu kan.Tapi Islam.Once you fight for Islam,u'll bring your nation along.
Aku nk kata aku baik,aku sendiri tak rasa aku ni baik.Tapi kan,at least dengan iman yg sikit ni,dengan perktaan 'islam' kat IC tu..at least,sama-samalah kita memperbaiki diri ni utk jadi lebih baik,pupuk rasa cinta pada agama kita,perjuangkn maruah agama.
Kalau bukan kita,siapa lagi kan.Cuba sama-sama ye tak.
Macam biasalah,entry entry aku ni mmg khasnya ditujukan untuk aku sebagai peringatan bersama juga.
Moga Allah buka kan pintu hati kita agar sentiasa berlapang  dada menerima petunjuk dariNYA.I'allah.
Amin ya Rabb..



Macam apa je gambar ni.

Geng Ninja Turtle.

Cantik kan. (^_^)






Monday 13 February 2012

Al-Imran ; 160

Dia datang masa kau berduka,
Dia bawa bahagia bukan nestapa,
Dia kenalkan senyuman dihalaunya tangisan,
Dia jadikan dunia kau bersinar dan sorokkan mendung yang datang,

Ooo kau sangat bertuah..

Kemudian..
Dia tiba-tiba bertukar...oo mcm tukar baju,
Dia heret duka,dia campak bahagia ,
Ditanamnya benih nestapa,dibajanya dgn lara,
Dia lukis mendung,hujat lebat,kilat guruh...habis semua kuyup,
Kau?..Ooo berdiri sejuk!
Lalu kau Insaf...baguslah :)

Kemudian si dia yang lain pula datang,
Disitu kau meluah rasa,
Disitu kau adu sedih,
Disitu kau bermanja,
Disitu kau bersandar,
Disitu kau mula semula tawa gembira..

Kau lupa lagi wahai 'kau'..

Dia juga seperti si 'dia'..
Dia pergi..kau sepi,
Dia lari,kau sendiri,
Dia tenang bersahaja,kau meraba-raba jiwa sengsara..

Gedebuk..kau jatuh lagi,
Kasihannya 'kau'..Apa boleh buat?


Wahai 'kau' yg malang,
Manusia itu tidak kekal abadi,
Kasih manusia mungkin boleh dijual beli,
Mungkin juga boleh ditukar ganti ,kau.

DIA berfirman : ''If Allah help u,none can overcome you; and If He forsakes you, who is there after HIM that can help you? And in Allah (Alone) let believers put their trust.'' (Al-Imran;160)



Sedarlah 'kau',
Cinta tuhan itu lebih hakiki,
Kau mencari yg hakiki,kau pasti merasa cukup,
Kau mencari yg sementara,kebahagiaan kau tak akan pernah lama.

Sudah-sudahlah 'kau'
Kau balik,
Kau tinggalkan semua,
Kau cari DIA,
Moga hati kau tenang..


.....alahai nk masuk image tak boleh pulak.=.='' .....

Friday 25 November 2011

Hadapi Dengan Senyuman (^__^)

Hadapi Dengan Senyuman