R.I.P Jibek and Nomi
"Kelip-kelip disangka api,Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib disangka mati,Kalau mati mana kuburnya."
Dulu,
Sehari bagaikan setahun,
Tiada khabar berita,gelisah benar dalam dada.
Tak melihat wajah,rindu benar rasanya.
Tak bergurau-senda,sunyi benar dunia.
Tak bergaduh manja,tak akrab ikatannya.
Kini,
Sehari ke sehari,
Berlalu bagaikan tiada harga,
Tiada apa diharapkan lagi,
Tiada apa perlu diusahakan lagi,
Tiada apa yang perlu disimpan dijaga rapi lagi,
Tiada gelisah biar sehari tak mendengar suara,
Tiada resah biar tak dijengah khabar berita.
Tiada perbalahan,tiada gurauan dan tiada semua.
Dulu,
Dua jiwa itu nampaknya satu,
Kini,
Dua jiwa itu bagaikan seorang disana seorang disitu.
Dimana janji,
Dimana harapan,
Dimana angan-angan,
Dimana ?
Bukan salah tangan si pemberi,
Tapi tangan menghulur terhenti kerana ada yang tak sudi.
Bukan tak mahu terus berdiri sedia mendampingi,
Tapi adanya tidak dikesah,hadirnya pula tidak diundang.
Benar hati sedikit tidak pernah menyingkir kasih,
Syarat 'kewujudan' jadi pasak penerus ikatan.
Apa nilainya jika hanya ada tapi tidak digosok,
Ibarat gambar kenangan berhabuk tersimpan jauh di ceruk.
Dulu,
Akulah yang paling setia,
Akulah yang paling cakna,
Akulah tempat sandarnya.
Kini,
Aku bukanlah yang dicarinya,
Aku bukanlah yang dirinduinya,
Aku bukanlah tongkat menguatkannya.
Aku,
Bukan manusia penceroboh,
Bukan manusia meminta-minta,
Bukan manusia yang tak reti bahasa,
Bukan manusia tanpa fitrah tak faham erti fasa kehidupan di dunia.
Kerana aku adalah aku,
Aku relakan segalanya,
Aku restui semua,
Aku simpan semua aku butakan mata pekak kan telinga,
Kerana aku tahu kebahagiaan kau lebih utama,
Gedung pahala itu jaminan kau ke syurga,
Kerana masanya telah tiba,
Hanya DIA tahu apa yang telah DIA rencana.
Hadirku asing,akhirku juga asing.
Hari-hari dilalui dengan membina batu-batu keras jadi benteng kekuatan jiwa,
Mencari Yg Esa sebaik-baik tempat untuk meluah rasa,
Biar masa menentukan segalanya,
Sungguh tiada satu jiwa yang berdosa,
Ini semua ketentuanNya,
Berserahlah..
Redhalah..
Masa mengajar hati segala-galanya,
Menyayangi biar sepanjang masa,
Mengharap balasan bukan syaratnya,
Memberi hanya pada yang sudi,
Persetankan semua yang suka mengkhianati,
Tetap berdiri biar badai datang cuba merubah,
Rasa dalam hati sikit jangan goyah.
Kerana goyah di dunia payah jumpa di syurga.
Biarkan..
R.I.P Jibek and Nomi
p/s : kerana hari ini aku sedar,kaki lbh kuat dan hati menjadi kental.
Monday, 1 April 2013
Rest In Peace
Posted by http://koppietee.blogspot.com at 14:18 0 comments
Wednesday, 24 October 2012
Wajah Itu
Dari jauh aku 'ride' motor honda wave abah menuju rumah tersebut..Biasa petang-petang macam ni memang 'mak' akan duduk kat kerusi depan rumah tu,sembang-sembang dengan jiran..
"Mak....." baru masuk lorong rumah dia je,dah nampak kelibat dia.Betul dia tgh melepak kat situ..
"Ya Allah,bertuah punya anak..bila balik?" senyum dia lepas 10bulan tak jumpa and i am the only one yang study abroad..
"Oo takda la lama pon..mak,dah lepas tahun satu mak,Tahun depan tahun 2." seloroh aku pada dia..
"Alhamdulillah..takpa,nanti kami kumpul duit nak datang Mesir kita konvo sama-sama" ..Impian mak..
"Ipa bila habis? Seronok belajar sana?" tegur makcik (ala tk igt nama)..
"Lama lagi cik..boleh la.Tapi Malaysia lagi best.." jawab aku..
Rindunya kat wajah tu...Dia yang menemani aku ke tadika masa hari pertama ,waktu tu umur aku 5tahun.Waktu tu 'amie' (ibu kandung) kerja.
Mak tunggu aku dari pagi sampai petang..kejap-kejap aku jeling kat tingkap takut-takut mak balik tinggalkan aku..
Dari sehari ke sehari mak akan cuba tinggalkan aku,supaya aku berdikari.
Ada satu masa tu kami semua kene buat seni kolaj 'tampal2' kertas atas lukisan buah epal..
Aku gunting kertas kecik sangat jadi lambat siap..Kawan-kawan lain semua dah nak balik..
Mak tunggu kat luar kalau tak silap suruh aku cepat-cepat siap..Aku siapkan sambil nangis.
Meningkat usia,rumah Mak tempat aku dan adik aku akan singgah dan berteduh kalau ibu bapa aku kerja.
Baik sarapan,makan tengahari tak pernah tak ada..Apa sahaja kerenah kami,nakal kami Mak sabar melayan.Mak memang baik..Mak jaga kami macam anak dia sendiri..
Kalau birthday kami je,Mak akan beli mainan atau buku warna gambar burung untuk kami.Biasanya dia akan berbasikal dari rumah dia ke rumah kami untuk hantar.
Mak tak pernah lupa hari jadi aku even sekali..
Bila takdir tentukan aku duduk asrama untuk alam sekolah menengah..
Kalau tak dapat 'reach' parents kat rumah,Mak la tempat aku melapor segala hal.Macam tu la jugak sampai aku kat Mesir..
Tapi...minta maaf Mak,kat Mesir tak selalu dah "call" mak..Sebab waktu tu anak mak ni tak tau appreciate permata bernilai yang dia ada..
Kaki melangkah masuk ke bilik mandi, hati terdetik..
"Macam mana la kalau mak takda kat dunia ni ye..eh apa fikir macam ni."
Waktu sibuk di bilik.."erm rasa nak kol mak la..takpa la,esok kan ada,esok je la 'call ' "
Keesokannya....waktu nak 'call' mak..belum apa-apa satu mesej dari Malaysia masuk..
"Mak kat kecemasan.." ......................................."Mak dah takda"..Amie khabarkan..
Dah nak menyesal tak guna fa. ...Keluar air mata darah sekali pun takda guna...
Posted by http://koppietee.blogspot.com at 07:25 0 comments
Tuesday, 27 March 2012
T.A.U.B.AT vs T.E.R.B.U.A.T
Posted by http://koppietee.blogspot.com at 12:51 0 comments
Tuesday, 13 March 2012
Baby Taylor Guitar...
Aku kan suke post entry banyak-banyak dalam sehari.haha
Melayan baby taylor guitar ni..bila la gamaknya kan nak ada 'benda' ni sebuah..
Tapi sebelum tu kene pastikan dh pandai main macam budak Sungha Jung dulu..
Kalau tak membazir je...
Layan la vid ni sambil2 minum koppie kan.halwa telinga kononnya. :p
Ni baby taylor guitar idaman aku ye..Rasanya Najwa latif pon ada.Tapi dia punye tu standard size.
Aku minat yg kecik2 je.
Boleh main gitar,tapi jangan sampai jadi 'najis'..huhu
Posted by http://koppietee.blogspot.com at 02:15 0 comments
SandBoarding itu ajar kita menghargai Islam
Salam'alaik.
![]() |
Mudahkan meluncur. (>_<) |
Tapi apa sumbangan kita pula ye..hmm aku pon rasa aku tk menyumbang apa pon lagi. :(
Posted by http://koppietee.blogspot.com at 01:20 0 comments
Monday, 13 February 2012
Al-Imran ; 160
Dia datang masa kau berduka,
Dia bawa bahagia bukan nestapa,
Dia kenalkan senyuman dihalaunya tangisan,
Dia jadikan dunia kau bersinar dan sorokkan mendung yang datang,
Ooo kau sangat bertuah..
Kemudian..
Dia tiba-tiba bertukar...oo mcm tukar baju,
Dia heret duka,dia campak bahagia ,
Ditanamnya benih nestapa,dibajanya dgn lara,
Dia lukis mendung,hujat lebat,kilat guruh...habis semua kuyup,
Kau?..Ooo berdiri sejuk!
Lalu kau Insaf...baguslah :)
Kemudian si dia yang lain pula datang,
Disitu kau meluah rasa,
Disitu kau adu sedih,
Disitu kau bermanja,
Disitu kau bersandar,
Disitu kau mula semula tawa gembira..
Kau lupa lagi wahai 'kau'..
Dia juga seperti si 'dia'..
Dia pergi..kau sepi,
Dia lari,kau sendiri,
Dia tenang bersahaja,kau meraba-raba jiwa sengsara..
Gedebuk..kau jatuh lagi,
Kasihannya 'kau'..Apa boleh buat?
Wahai 'kau' yg malang,
Manusia itu tidak kekal abadi,
Kasih manusia mungkin boleh dijual beli,
Mungkin juga boleh ditukar ganti ,kau.
DIA berfirman : ''If Allah help u,none can overcome you; and If He forsakes you, who is there after HIM that can help you? And in Allah (Alone) let believers put their trust.'' (Al-Imran;160)
Sedarlah 'kau',
Cinta tuhan itu lebih hakiki,
Kau mencari yg hakiki,kau pasti merasa cukup,
Kau mencari yg sementara,kebahagiaan kau tak akan pernah lama.
Sudah-sudahlah 'kau'
Kau balik,
Kau tinggalkan semua,
Kau cari DIA,
Moga hati kau tenang..
.....alahai nk masuk image tak boleh pulak.=.='' .....
Posted by http://koppietee.blogspot.com at 08:46 0 comments