BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 1 April 2013

Rest In Peace

R.I.P Jibek and Nomi

"Kelip-kelip disangka api,Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib disangka mati,Kalau mati mana kuburnya."

Dulu,
Sehari bagaikan setahun,
Tiada khabar berita,gelisah benar dalam dada.
Tak melihat wajah,rindu benar rasanya.
Tak bergurau-senda,sunyi benar dunia.
Tak bergaduh manja,tak akrab ikatannya.

Kini,
Sehari ke sehari,
Berlalu bagaikan tiada harga,
Tiada apa diharapkan lagi,
Tiada apa perlu diusahakan lagi,
Tiada apa yang perlu disimpan dijaga rapi lagi,
Tiada gelisah biar sehari tak mendengar suara,
Tiada resah biar tak dijengah khabar berita.
Tiada perbalahan,tiada gurauan dan tiada semua.

Dulu,
Dua jiwa itu nampaknya satu,
Kini,
Dua jiwa itu bagaikan seorang disana seorang disitu.

Dimana janji,
Dimana harapan,
Dimana angan-angan,
Dimana ?

Bukan salah tangan si pemberi,
Tapi tangan menghulur terhenti kerana ada yang tak sudi.
Bukan tak mahu terus berdiri sedia mendampingi,
Tapi adanya tidak dikesah,hadirnya pula tidak diundang.

Benar hati sedikit tidak pernah menyingkir kasih,
Syarat 'kewujudan' jadi pasak penerus ikatan.
Apa nilainya jika hanya ada tapi tidak digosok,
Ibarat gambar kenangan berhabuk tersimpan jauh di ceruk.

Dulu,
Akulah yang paling setia,
Akulah yang paling cakna,
Akulah tempat sandarnya.

Kini,
Aku bukanlah yang dicarinya,
Aku bukanlah yang dirinduinya,
Aku bukanlah tongkat menguatkannya.

Aku,
Bukan manusia penceroboh,
Bukan manusia meminta-minta,
Bukan manusia yang tak reti bahasa,
Bukan manusia tanpa fitrah tak faham erti fasa kehidupan di dunia.

Kerana aku adalah aku,
Aku relakan segalanya,
Aku restui semua,
Aku simpan semua aku butakan mata pekak kan telinga,
Kerana aku tahu kebahagiaan kau lebih utama,
Gedung pahala itu jaminan kau ke syurga,
Kerana masanya telah tiba,
Hanya DIA tahu apa yang telah DIA rencana.

Hadirku asing,akhirku juga asing.
Hari-hari dilalui dengan membina batu-batu keras jadi benteng kekuatan jiwa,
Mencari Yg Esa sebaik-baik tempat untuk meluah rasa,
Biar masa menentukan segalanya,
Sungguh tiada satu jiwa yang berdosa,
Ini semua ketentuanNya,
Berserahlah..
Redhalah..

Masa mengajar hati segala-galanya,
Menyayangi biar sepanjang masa,
Mengharap balasan bukan syaratnya,
Memberi hanya pada yang sudi,
Persetankan semua yang suka mengkhianati,
Tetap berdiri biar badai datang cuba merubah,
Rasa dalam hati sikit jangan goyah.
Kerana goyah di dunia payah jumpa di syurga.

Biarkan..

R.I.P Jibek and Nomi

p/s : kerana hari ini aku sedar,kaki lbh kuat dan hati menjadi kental.