BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 24 October 2012

Wajah Itu


Dari jauh aku 'ride' motor honda wave abah menuju rumah tersebut..Biasa petang-petang macam ni memang 'mak' akan duduk kat kerusi depan rumah tu,sembang-sembang dengan jiran..

"Mak....." baru masuk lorong rumah dia je,dah nampak kelibat dia.Betul dia tgh melepak kat situ..

"Ya Allah,bertuah punya anak..bila balik?" senyum dia lepas 10bulan tak jumpa and i am the only one yang study abroad..

"Oo takda la lama pon..mak,dah lepas tahun satu mak,Tahun depan tahun 2." seloroh aku pada dia..

"Alhamdulillah..takpa,nanti kami kumpul duit nak datang Mesir kita konvo sama-sama" ..Impian mak..

"Ipa bila habis? Seronok belajar sana?" tegur makcik (ala tk igt nama)..

"Lama lagi cik..boleh la.Tapi Malaysia lagi best.." jawab aku..

Rindunya kat wajah tu...Dia yang menemani aku ke tadika masa hari pertama ,waktu tu umur aku 5tahun.Waktu tu 'amie' (ibu kandung) kerja.
Mak tunggu aku dari pagi sampai petang..kejap-kejap aku jeling kat tingkap takut-takut mak balik tinggalkan aku..
Dari sehari ke sehari mak akan cuba tinggalkan aku,supaya aku berdikari.
Ada satu masa tu kami semua kene buat seni kolaj 'tampal2' kertas atas lukisan buah epal..
Aku gunting kertas kecik sangat jadi lambat siap..Kawan-kawan lain semua dah nak balik..
Mak tunggu kat luar kalau tak silap suruh aku cepat-cepat siap..Aku siapkan sambil nangis.

Meningkat usia,rumah Mak tempat aku dan adik aku akan singgah dan berteduh kalau ibu bapa aku kerja.
Baik sarapan,makan tengahari tak pernah tak ada..Apa sahaja kerenah kami,nakal kami Mak sabar melayan.Mak memang baik..Mak jaga kami macam anak dia sendiri..
Kalau birthday kami je,Mak akan beli mainan atau buku warna gambar burung untuk kami.Biasanya dia akan berbasikal dari rumah dia ke rumah kami untuk hantar.
Mak tak pernah lupa hari jadi aku even sekali..

Bila takdir tentukan aku duduk asrama untuk alam sekolah menengah..
Kalau tak dapat 'reach' parents kat rumah,Mak la tempat aku melapor segala hal.Macam tu la jugak sampai aku kat Mesir..
Tapi...minta maaf  Mak,kat Mesir tak selalu dah "call" mak..Sebab waktu tu anak mak ni tak tau appreciate permata bernilai yang dia ada..



Kaki melangkah masuk ke bilik mandi, hati terdetik..

"Macam mana la kalau mak takda kat dunia ni ye..eh apa fikir macam ni."

Waktu sibuk di bilik.."erm rasa nak kol mak la..takpa la,esok kan ada,esok je la 'call ' "

Keesokannya....waktu nak 'call' mak..belum apa-apa satu mesej dari Malaysia masuk..

"Mak kat kecemasan.." ......................................."Mak dah takda"..Amie khabarkan..

Dah nak menyesal tak guna fa. ...Keluar air mata darah sekali pun takda guna...


Sejak balik Mesir ni banyak kali dah mimpikan Mak..Rindu kan dia sangat..Rindu sangat..Last tatap muka dia waktu nak fly semula masa tahun 2.Mak berkeras sangat nak hantar.Dia kata lain tahun belum tentu ada umur..:(

Ipa dah final year Mak..Abah cakap tahun depan semua pegi masa konvo.
Mak je takda..
01092012....
Kalau lah Mak ada waktu ini...Dia mungkin orang yang paling bertungkus-lumus bantu Amie untuk segala persiapan waktu majlis..Allah lebih sayangkan dia..
Tiada apa yang menjadi penghubung kasih sayang antara aku dan dia melainkan doa..
Sekalung Al-Fatihah ku kirimkan buat insan yang dikasihi dalam hidup aku..Hati ni merindui dikau setiap masa..Wajah Mak berada dimana-mana,tak pernah lenyap dari ingatan.Insan yang banyak berjasa dalam hidup aku selepas kedua Ibu Bapa aku..



Hargai mereka sebanyak mungkin selagi mereka masih ada bersama kita...

Salam Eidul Adha..