BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 23 February 2011

Pekebun tidak bergaji~

Salam'alaik..
Almost sebulan goyang kaki dirumah tak buat apa2.
Tarikh kuliah mula dah diumumkan..i'Allah 15hb Mac ni..
Tapi still kene tunggu 'lampu hijau' daripada pihak MKN dulu..
RABBUNA YUSAHHIL..i'Allah.
So,utk isi masa lapang ni..adalah jugak aku pegi ikut ayahanda bonda aku pergi ke kebun..
Kata mak aku..nak petik buah Rosselle and Kacang Tanah,,
Bagus gak..boleh mengeluarkan peluh2 degil di dalam badan ni..
Jadi inilah hasilnya..

Pokok Rosselle

Ini buah nya yer..

Berjaya dipetik hampir satu baldi..
Kacang Tanah yg baru dicabut.
     
   Kacang Tanah yg dh dipisahkan dri akar..BIAR BETUL!
Keluar peluh2  duk di kebun..
Seronok pon ada..dapat la rasa mcm mana penatnya orang yang menjadi petani ..
Petani sibuk membanting tulang,berhujan,berpanas nak pastikan tanaman diorang elok..
Kita kalau tk rasa pengalaman macam tu,kita tak tau..yang kita tau hanya..

"sedapnya lady's choice.."  "sedapnya kuah kacang satay ni..".."sedapnya air rosselle ni.."

Apa2 pun dalam hidup ni aku rasa kita kena tahu setiap asal usul sesuatu perkara melainkan perkara2 yang sabit..seperti Kekuasaan Allah Taala.
Nak makan apa2 pun kene pastikan tanda HALAL yang betul..makanan jadi darah dging..
Nak pilih apa2 pun kena tau diperbuat daripada apa..
Yang paling aku suke..asal usul kita yer...
Nak tahu susah senang mak kita melahirkan kita..Cepat2 kahwin..mengandung dan bersalin..
Kalau ada anak2 perempuan yg dh beranak pinak tapi msih sombong dengan kedua ibu bapanya..
Lempangkan aja laju-laju..Nauzubillah perkara mcam tu kena pada diri sendiri..
Sama-sama ambil iktibar dan peringatan..khasnya utk diri aku ni..

Last but not least..
Marilah kita berkebun..hehe

Wassalam..


Wednesday 9 February 2011

Kesempitan di Mesir

Salam,
Firman Allah dalam Surah Ar-Rad : 24-


Bermaksud-Selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaranmu,Maka amatlah baik balasan bagi amalmu.


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah 'ala kulli hal.


Tak tahu macam mana nak cakap tentang perasaan ni,saat kapal terbang MAS Boeing 747-400 mendarat di Jeddah,Arab Saudi pada 4 Feb 2011.
Apatah lagi rasa teramat bersyukur tu lebih dirasakan saat kapal terbang MAS;MH 8031 mendarat di KLIA pada 9 Feb 2011;7.30 pagi..Allahu Akbar..


Apa-apa pun semuanya selamat..so im going to share sumthing about my experiences di Cairo baru-baru ni..


24/1/2011
Kelas berlangsung seperti biasa..tapi dalam fikiran terngiang2 tentang artikel yg ditulis di blog salah seorang rakan yang menulis tentang Tunisia,dan dia menjangkakn perkara di Tunisia itu boleh sahaja terjadi di Mesir.Malam nya pergi teman Wan Nadiah ke hospital untuk mmbuka jahitan pembedahannya..Jalan dan keadaan seperti biasa..tkda masalah dan tiada apa2 yg pelik pon..


25/1/2011
Cuti Am sempena Hari Polis..hurm..seronok..tapi hari tu kene kemas2 rumah dan bersiap sedia packing barang2 untuk pindah,disebabkn dapat arahan dr tuan rumah sewa supaya mengosongkan rumah dalam masa terdekat..sengal tol arab menipu..
Hari tu juga aku ambil keputusan mintak tolong Wan Nadiah untuk teman aku pegi beli beg di Tahrir..
Kitorang macam biasa la kalau dari Abou Rish tu mmg akan nek Metro Train.Dari rumah aku ke Tahrir hanya berjarak 2 stesen je.So,agak dekat.
Sampai je Tahrir..keadaan di Tahrir lengang.Tapi still ada kereta2 lalu lalang..cuma pelik..RAAAAAMAIIIII sangat POLIS2 ambil tempat msing2(dalam keadaan bersedia)..BANYAK juga trak2 polis di tepi2 jalan.
Keadaan mcm ni biasanya mmg persediaan mghadapi sebarang demonstrasi..tapi takdala seteruk yg kami jgka..
Kitorg pon trus pergi ke kedai beg.
Tiba2 penjual tu nasihatkn kami.."Lepas ni terus balik rumah ya,i'allah kamu akan selamat.."
Aku dengan Nadiah pelik dah..aku pon tanya ,"kenapa?ada apa2 ke?"
Dia pon balas,"fi MUZAHARAH Nahardah"
Aku tk paham perktaan 'muzaharah' tu..tp fikir2 lagi..'zahar'..'zahir'..bermaksud 'menzahirkan'..dalam hati terdetik..demonstrasi ke?
Saat kitorg keluar nak kembali ke stesen METRO tu la org2 di sekeliling mula rushing nak blik.Keadaan tiba2 jadi macam tk tentu arah..Polis2 dh mula bersedia,ada juga polis yg dah mula letakkn penghadang di tgh2 jalan..Kami dah tk fikir apa dah..yg tahu hanya nk cepat smpai ke rumah..


26/1/2011
Aku pergi kelas macam biasa..keadaan mcm bising that day..Aku mula bercerita pada classmte aku ttg apa yg terjadi di Tahrir semalam.Ternyata kawan2 aku agak terkejut..dan mula la bla..bla..bla isu Tunisia semua tu..tgh2 bercerita,kawan arab aku,memandang pada aku smbil mengangguk2..mengiyakan apa yang aku ckp.
Aku tanya dia,"a'rifta hazal Kissah?"..Dia pon balas,"Kullu"..
Paham gak mamat ni even aku xplained kt member2 dalam bhs melayu.hikhik.
Balik dari kelas tu,aku bukak facebook and dapat update dr rakan2 tentang apa yang berlaku dan apa yang bakal berlaku di Mesir..Hati mula rasa tk sedap.


27/1/2011
Keadaan di Abou Rish dan Sayeda Zainab masih ok..dan macam dalam keadaan biasa..Aku sibuk nak kemas rumah la sebb nak pindah.Tapi dengar khabar esok 28hb bakal berlaku demonstrasi besar-besaran selepas solat jumaat...
Cuak dah aku time tu..kitorg lak nak pindah hari jumaat.terpaksala aku dan kawan2 deal semua urusan dgn org arab before solat jumaat..


28/1/2011
Tiada perintah berkurung lagi..Alhamdulillah,aku selamat berpindah dan angkat barang2 semua ..rakan2 pon byk tolong..Hari tu jugak semua budak2 Mesir di nasihatkn tidak solat jumaat di masjid2 besar,takut2 ada serangan ke apa..tapi aku yakin kt masjid Sayeda Zainab tu mesti polis2 dh ada.
Malamnya,keadaan macam kurg tenang,sudah mula bunyi2 bom2 sana sini..mgkin tembakan gas pemedih mata kot..takpa la,aku dalam rumah..i'allah selamat.Hari ni jugakla talian internet dan telefon diputuskan..sengal betul la..


29/1/2011
Keadaan tiba2 jadi makin tegang,aku keluar untuk pergi withdraw duit kalau tk silap.Bank lak terletak di Sayeda Zainab.Sebelum keluar tu,masa ada dirumah,tiba2 dgr bunyi org bersorak2..aku dgn kawan2 ape lagi..."weh orang demo..jom tgk!"..bergegas turun..
Time nk dekat2 dgn diorang,tiba2 rasa pedih gile mata,tekak skit,pedih..hidung pedih...
Memang tk leh nak tgk..terpaksa berlari semula ke rumah..Terkena gak kitorg dgn gas pemedih mata tu..
Petang tu masa nk ke bank..ada pakcik arab nampak.Dia pesan,kalau keadaan ok pergi..kalau tk jangan,balik semula rumah..Kitorg akur..
Aku dgn Nadiah pergi jugak ke bank.Duit dah takda.Keadaan mcm nak darurat,nanti tkde duit tk dpt nk beli stok makanan pulak..
Sampai je Sayeda,ALLAHU AKBAR..satu trak polis telak ranap,pecah cermin,bocor tayarnya..remuk badannya..depan sikit ader satu trak bomba pulak yg sama nasibnya mcm trak polis..Teruk jugak rusuhan ni..Dengan keadaan mata berair2 akibat gas pemedih mata,aku kuatkn jugak la hati ni ke bank.Kat tepi mesin ATM ader 2 org polis jaga.Polis tu tgk satu2 apa aku buat kt mesin tu..dr masuk kad,tekan password..smp nk taip amount nk keluar pon dia tgk..aish...bukan leh percya polis2 MESIR ni.


30/1/2011
Talian telefon mula pulih..aku dapat contact kawan aku utk ambil barang drp dia di HAYYU SABIE'..
Naik teksi tawakal je sebb dgr kata ader banduan terlepas.Aku pergi dgn Nadiah.Memang tk leh pisah biasalah..kahkahkah..Keadaan kat Sabie' aman damai..Tapi keluar je dr Sayeda tgk keadaan sgt truk.Ader kereta2 awam yg musnah,balai polis dibakar..kereta polis byk dibakar,kompleks kerajaan dibakar..Allah Allah Allah..Kawasan di Kubu Salehuddin Al-ayubi pon telah dikawal oleh kereta kebal tentera,trafik pon dijaga oleh tentera...hurm..darurat dah ni..waktu berkurung pon dh diisytihar..dr pukul 7pm-7am.wktu yg tk berkurung tu la kitorg pgi cari makann utk stok kt rumah..ayam,gula,beras...nek hrge and gula susah dpt..ayam cept je hbis..adatla kn darurat..sbar je la.Kedai2 di stesen bas habis pecah dirompak..dah tk ada apa yang tinggal.scary btul..ganas sungguh mereka.
Hari yg sama gak..tgh bring2 di katil..tiba2 satu bunyi yg sgt kuat kt luar..mcm nk runtuh langit..mcm guruh ..lebih kuat dr tu..bile intai kt luar..tgk ader 2 jet pejuang di udara..terbang rendah..haishhh..seram sgt..tawakal je kami..helikopter pon dah terbang rendah di udara dok mengawal..pukul 4 ptg ader demo besar2an akibat HOSNI buat kenyataan tk nak turun.tepat pukul 4ptg,mmg terus kedengrn org merusuh..malam2 kami tidur,kerap bunyi tembakan dan sebagainya.


31/1/2011
Bangun pagi2 dapat arahan kene pindah ke ARMA sebb keadaan mkin genting.Ader rumah kene pecahla..banduan terlepas byak la..jenyah mkin byk..Cuak sgt2 dah..kabut perasaan..cept2 mandi..kemas brg2..yg mne sempat bwk..dlm 3,4 helai bju and 2 seluar je..buku dpt capai 1buah je..then laptop..kene pindah sebelum zohor..sebb after zohor ader demo besar.Try pegi bank nak keluar duit..tapi bank dh beku..tutup!Mesin ATM pon tk jalan dah..Sabar je la.


1/2/2011
Duduk di Arma.Satu bilik 6org.tkpela sempit sikit.maknan kene beli kt cafe tk leh memilih.sorg satu lauk..tu pon lauk org cafe letakkn.harga utk nasi dan satu lauk LE8..nasi goreng cina LE7.makin hari mkin nek harga makanan.
pukul 3.30pg terjaga..dgr bunyi org arab merusuh kt bawah,bunyi tembak2..haish..stress kot.


2/2/2011
Duduk je la kat Arma..ada kawan2 yg curi2 pulang ke rumah..ambl makann dan bawak ke ARMA utk isi perut..tggu je la masa utk di evakuasi..


3/2/2011
Duduk di ARMA lagi..nama dah nek utk senarai penerbangan ke jeddah..keadaan di luar mmg tk tahu..hanya tgk di tv..mcm makin teruk..siap ader puak Mubarak lagi..tegang betul keadaan mesir..even kedai2 telah dibuka..budak2 yg curi2 balik bg laporan keadaan sgt tegang di kawasan SAYEDA ZAINAB.ada yg ditahan dan digertak oleh org awam..


4/2/2011
Bergerak ke airport utk ke Jeddah..lebih dr 8x ditahan oleh tentera dan org awam semasa dlm perjalanan ke airport..


5/2/2011
Selamat di Jeddah..pada awalnya nak blik sgt sebb dh tk tahan ..stress mgkin..baju pon ader 2,3 helai..seluar pulak 1..mujur pihak Jeddah peka dgn keadaan 'pelarian' mcm aku..dapat seluar,makanan,tempat tidur semua..alhamdulillah..sabar2..
Mak ayah aku berkali2 pujuk suruh tggu plan kerajaan dn ikut..aku ikutkan jela..sabar je la..


6/2/2011
Trip penerbangan pertama telah disenaraikan..aku nye nama tkde..aish..sabar..(bengang dgn prioriti org yg terbang blik trip awl.Mana tak nya ader yg kawasan nya tk terancam langsung..tp dpt blik dulu..budak2 yg trauma ni tggu la bagai nak mati..tkpe..sabar..mgkin ader hikmah Allah nk bg..


7/2/2011
Pukul 1.30 pg terjaga akibat announcement ttg pengumpulan passport bg pelajar2 yg smpi ke Jeddah pada 4 feb..Semua muka tersenyum..rasa dekat dah Mesia dgn kitorang..


8/2/2011
Nama diumumkan utk penerbangan ke-3 ke Mesia..alhamdulillah..


9/2/2011
Selamat tiba di Malaysia..Rasa bersyukur ke hadrat Ilahi..dn berterima kasih kepada pihak kerajaan..


Kesimpulannya..aku belajar erti sabar berbeza dr ujian Allah sebelum2 ni..Aku rasa bersyukur bila duduk dlm negara Malaysia yg aman dan damai ni..byk lagi nikmat2 kat Mesia ni yg tk dpt kita rasa kt negara2 lain seperti Mesir..Aku bersyukur..and aku berterima kasih sgt pada semua pihak dlm mmbantu OPS PYRAMID ni..cuma agak terkilan apabila isu menyelamat ni di POLITIK kan tk tentu pasal..Patut nye kita sama2 membantu..jgn mengecam.Mungkin tindakan kerajaan lmbat..tapi mungkin kelambatan itu disebabkan pihak2 penyelamat perlu memikirkan pelan2 yg terbaik utk mentyelamat kn wrganegara yg sgt ramai di Mesir..Tak dinafikan juga ada yg TAK PANDAI buat kerja smp nk kene jawatankuasa penyelamat dtg ke MESIR baru leh decide..apa2 pon adatla dlm setandan kelapa pasti ader yang KOMENG..semua tk sempurna..tapi inilah pengalaman yg pling berhrga yg aku akn igt smp mati..terima kasih semua..Alhamdulillah..


Bangunan kerajaan yg dibakar


Lagi bangunan kerajaan yg dibakar

Trak Polis juga dibakar

Para pelajar berkumpul untuk ke Jeddah
Selamat tiba di Jeddah
Madinatul Hujjaj,Jeddah